Manusia dikumpulkan di satu padang

TEKS BAHASA ARAB

يجمع الناس في صعيد واحد، ينفذهم البصر، ويسمعهم الداعي، ثم ينادي: سيعلم الجمع لمن العز والكرم! (ثلاث مرات)، ثم يقول: أين الذين كانت {تتجافى جنوبهم عن المضاجع يدعون ربهم خوفا وطمعا} الآية؟ ثم ينادي: سيعلم أهل الجمع لمن العز والكرم! ثم يقول: أين الذين كانت {لا تلهيهم تجارة ولا بيع عن ذكر الله}؟ (ثلاث مرات)، ثم يقول: أين الحمادون الذين كانوا يحمدون الله؟.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manusia dikumpulkan di satu padang, seorang penyeru dapat dilihat oleh mereka, dan dia juga dapat didengari oleh semua, kemudian dia menyeru dengan seruan: Semua orang akan tahu siapa yang mulia dan permurah! (sebanyak 3 kali). Kemudian beliau berkata: Di manakah orang-orang yang firman Allah SWT: "Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur; mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaan-Nya)". [Surah al-Sajdah: 16]. Kemudian beliau berkata: Semua orang akan tahu siapa yang mulia dan permurah! Lalu dia berkata lagi: Di manakah orang-orang yang, firman Allah SWT: "Orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah", [Surah al-Nur: 37] (sebanyak tiga kali). Kemudian dia berkata: Di manakah pula orang-orang yang suka memuji yang sentiasa memuji Allah?.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1568 – 1569, hadis nombor 7944. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عقبة بن عامر رضي الله عنه، قال: كنا نتناوب الرعية، فلما كان نوبتي، سرحت إبلي، فجئت رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو يخطب، فسمعته، يقول: يجمع الناس في صعيد واحد، ينفذهم البصر، ويسمعهم الداعي، ثم ينادي: سيعلم الجمع لمن العز والكرم! (ثلاث مرات)، ثم يقول: أين الذين كانت {تتجافى جنوبهم عن المضاجع يدعون ربهم خوفا وطمعا} الآية؟ ثم ينادي: سيعلم أهل الجمع لمن العز والكرم! ثم يقول: أين الذين كانت {لا تلهيهم تجارة ولا بيع عن ذكر الله}؟ (ثلاث مرات)، ثم يقول: أين الحمادون الذين كانوا يحمدون الله؟. [ك، حل، ((الضعيفة)) (6014)].

(Lemah)
Daripada ‘Uqbah bin Amir RA, beliau berkata: Kami bergilir menjaga haiwan ternakan, apabila tiba giliranku, aku melepaskan untaku lalu aku datang kepada Rasulullah SAW dan baginda sedang berkhutbah, lalu aku mendengarnya berkata: Manusia dikumpulkan di satu padang, seorang penyeru dapat dilihat oleh mereka, dan dia juga dapat didengari oleh semua, kemudian dia menyeru dengan seruan: Semua orang akan tahu siapa yang mulia dan permurah! (sebanyak 3 kali). Kemudian beliau berkata: Di manakah orang-orang yang firman Allah SWT: "Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur; mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaan-Nya)" [Surah al-Sajdah: 16]. Kemudian beliau berkata: Semua orang akan tahu siapa yang mulia dan permurah! Lalu dia berkata lagi: Di manakah orang-orang yang, firman Allah SWT: "Orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah",[Surah al-Nur: 37] (sebanyak tiga kali). Kemudian dia berkata: Di manakah pula orang-orang yang suka memuji yang sentiasa memuji Allah? [Riwayat al-Hakim dalam Kitab al-Mustadrak, Abu Nu’aim dalam Kitab al-Hilyah, lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6014].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs