Manusia dihimpunkan pada Hari Kiamat dalam keadaan terlalu lapar, dahaga dan bertelanjang daripada apa mereka pernah rasa

TEKS BAHASA ARAB

يحشر الناس يوم القيامة أجوع ما كانوا قط وأظمأ ما كانوا قط وأعرى ما كانوا قط وأنصب ما كانوا قط فمن أطعم لله أطعمه الله عز وجل ومن سقى لله، سقاه الله عز وجل ومن كسا لله كساه الله عز وجل ومن عمل لله كفاه الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manusia dihimpunkan pada Hari Kiamat dalam keadaan terlalu lapar, dahaga dan bertelanjang daripada apa mereka pernah rasa. Mereka juga dalam keadaan yang terlalu letih yang tidak pernah mereka rasa. Sesiapa yang memberi makanan kerana Allah, maka Allah akan memberinya makan. Sesiapa yang memberi minuman kerana Allah, Allah akan memberinya minum. Sesiapa yang memberikan pakaian kerana Allah, Allah akan memberinya pakaian dan sesiapa yang beramal kerana Allah, Allah akan memberikan kecukupan kepadanya.

STATUS

Mawquf

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 909-910, hadis nombor 4651. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له مرفوعا ضعيف موقوفا) عن ابن مسعود رضي الله عنه قال: يحشر الناس يوم القيامة أجوع ما كانوا قط وأظمأ ما كانوا قط وأعرى ما كانوا قط وأنصب ما كانوا قط فمن أطعم لله أطعمه الله عز وجل ومن سقى لله سقاه الله عز وجل ومن كسا لله كساه الله عز وجل ومن عمل لله، كفاه الله عز وجل. [الضعيفة (6746)]

(Tiada asal yang bersambung secara marfu’, bahkan lemah secara mauquf). Daripada Ibn Mas’ud RA, beliau berkata: Manusia dihimpunkan pada Hari Kiamat dalam keadaan terlalu lapar, dahaga dan bertelanjang daripada apa mereka pernah rasa. Mereka juga dalam keadaan yang terlalu letih yang tidak pernah mereka rasa. Sesiapa yang memberi makanan kerana Allah, maka Allah akan memberinya makan. Sesiapa yang memberi minuman kerana Allah, Allah akan memberinya minum. Sesiapa yang memberikan pakaian kerana Allah, Allah akan memberinya pakaian dan sesiapa yang beramal kerana Allah, Allah akan memberikan kecukupan kepadanya. [Al-Dhaifah no. 6746].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs