TEKS BAHASA ARAB
إن نطفة الرجل بيضاء غليظة، فمنها يكون العظام والعصب، وإن نطفة المرأة صفراء رقيقة، فمنها يكون الدم واللحم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya benih lelaki putih dan pekat, sebahagiannya menjadi tulang dan gumpalan. Adapun benih perempuan kuning lagi halus, sebahagiannya menjadi darah dan daging.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 949, hadis nombor 4897. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن عبدالله بن مسعود – رضي الله عنه -، قال: مر رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فجعل الناس يقولون: هذا رسول الله. فقال يهودي: إن كان رسول الله فسأسأله عن شيء، فإن كان نبيا علمه. فقال: يا أبا القاسم! أخبرني؛ أمن نطفة الرجل يخلق الإنسان أم من نطفة المرأة؟ فقال: ((إن نطفة الرجل بيضاء غليظة، فمنها يكون العظام والعصب، وإن نطفة المرأة صفراء رقيقة، فمنها يكون الدم واللحم)).
[حم، طب، ((الضعيفة)) (5457)].
(Lemah)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata: Telah bertemu Rasulullah SAW maka berkata penduduk: "Inilah Rasulullah”. Lalu berkata seorang Yahudi: “Jika dia adalah Rasulullah maka aku akan bertanyakannya tentang sesuatu, jika dia seorang nabi, dia tahu”. Dia pun bertanya: “Wahai bapa Qasim! Beritahu kepadaku adakah manusia itu dicipta daripada benih lelaki atau perempuan?”. Jawab baginda: “Sesungguhnya benih lelaki putih dan pekat, darinya menjadi tulang dan gumpalan. Adapun benih perempuan kuning lagi halus, dan darinya menjadi darah dan daging”.
[Musnad Aḥmad bin Ḥanbal, al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5457].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.