Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ أحَبَّ قومًا حَشَرَهُ اللهُ في زُمْرَتِهِمْ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menyukai suatu kaum atau golongan, Allah akan membangkitkan dia bersama kelompok mereka (pada hari akhirat).
Sahabat Perawi
- Abu Qirsafah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1327, hadis no. 6774. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي قرصافة رضي الله عنه، قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: من أحب قوما حشره الله في زمرتهم. [طب، ((الضعيفة)) (2803)]
(Lemah) Daripada Abu Qirsafah RA telah berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang menyukai suatu kaum atau golongan, Allah akan membangkitkan dia bersama kelompok mereka (pada hari akhirat). [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2803]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman