Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
النَّاسُ بِالنَّاسِ وَالْكُلُّ بِاللَّهِ.
Teks Bahasa Melayu
Manusia (dapat meneruskan hidup) kerana manusia yang lain. Kesemua manusia pula (dapat meneruskan hidup) kerana Allah.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 97, hadis no. 474. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ليس بحديث، ويغني عنه: {سَنَشُدُّ عَضُدَكَ بِأَخِيكَ} [القصص: 35] وهو في معنى حديث: المرء كثير بأخيه.
Ia bukan hadith, cukuplah sebagai ganti, firman Allah Ta'ala: سَنَشُدُّ عَضُدَكَ بِأَخِيكَ... ﴿٣٥﴾ "Kami akan menguatkan tenaga dan daya-usahamu dengan saudaramu (Harun)". [Surah al-Qasas ayat 35]. Ia juga semakna dengan hadith: "Seseorang itu ramai kerana saudaranya".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman