Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Manusia dan ular diciptakan sama

Teks Bahasa Arab

خُلِقَ الإنسانُ والحيَّاتُ سواءً، إن رآها أفزعَته، وإن لدَغَتهُ أوجعَتْهُ، فاقتُلوها حيثُ وجدتُموها.

Teks Bahasa Melayu

Manusia dan ular diciptakan sama, jika ia melihatnya, dia akan menakutkannya, jika dia mematuknya ia akan merasa sakit, jika kamu menjumpainya maka bunuhlah ia.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 790, hadis no. 4063. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما، أن رجلاً سأل النبي ﷺ، عن ‌قتل ‌الحيات؟ فقال: خلق الإنسان والحيات سواء، إن رآها أفزعته، وإن لدغته أوجعته، فاقتلوها حيث وجدتموها. [الطيالسي، طس، (الضعيفة) (3548)]

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA bahawa seorang lelaki bertanya Nabi SAW tentang membunuh ular? Lalu baginda bersabda: Manusia dan ular diciptakan sama, jika ia melihatnya, dia akan menakutkannya, jika dia mematuknya ia akan merasa sakit, jika kamu menjumpainya maka bunuhlah ia. [Riwayat al-Tayalisi dalam Musnadnya, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3548]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.