Manusia akan saling mengucapkan takziah sesama mereka selepasku: Takziah kepadaku

TEKS BAHASA ARAB

سيعزي الناس بعضهم بعضا من بعدي، التعزية بي قال: فكان الناس يقولون ما هذا؟ فلما قبض رسول الله صلى الله عليه وسلم لقي الناس بعضهم يعزي بعضا برسول الله صلى الله عليه وسلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manusia akan saling mengucapkan takziah sesama mereka selepasku: Takziah kepadaku. Dia (Sahl) berkata: Ketika itu manusia berkata: Apakah ini? Maka apabila Rasulullah SAW diwafatkan, mereka berjumpa satu sama lain untuk mengucapkan takziah mengenai Rasulullah SAW.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1726, hadis nombor 8680. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سهل بن سعد -رضي الله عنه- مرفوعا: ((سيعزي الناس بعضهم بعضا من بعدي، التعزية بي.)) قال: فكان الناس يقولون ما هذا؟ فلما قبض رسول الله صلى الله عليه وسلم لقي الناس بعضهم يعزي بعضا برسول الله صلى الله عليه وسلم. [ابن سعد، ع، طب، ((الضعيفة)) (1983)].

(Lemah)
Daripada Sahl bin Saad RA secara marfu’-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Manusia akan saling mengucapkan takziah sesama mereka selepasku: Takziah kepadaku.)) Dia (Sahl) berkata: Ketika itu manusia berkata: Apakah ini? Maka apabila Rasulullah SAW diwafatkan, mereka berjumpa satu sama lain untuk mengucapkan takziah mengenai Rasulullah SAW.
[Riwayat Ibn Sa’ad, Musnad Abi Ya’la dan al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1983].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.