Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سيُعَزِّي النَّاسُ بعضُهُم بَعضًا من بعدي ، التَّعزيةِ بي.
Teks Bahasa Melayu
Manusia akan saling mengucapkan takziah sesama mereka selepasku: Takziah kepadaku. Dia (Sahl) berkata: Ketika itu manusia berkata: Apakah ini? Maka apabila Rasulullah SAW diwafatkan, mereka berjumpa satu sama lain untuk mengucapkan takziah mengenai Rasulullah SAW.
Sahabat Perawi
- Sahl bin Sa'ad
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1726, hadis no. 8680. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سهل بن سعد -رضي الله عنه- مرفوعا: ((سيعزي الناس بعضهم بعضا من بعدي، التعزية بي.)) قال: فكان الناس يقولون ما هذا؟ فلما قبض رسول الله صلى الله عليه وسلم لقي الناس بعضهم يعزي بعضا برسول الله صلى الله عليه وسلم. [ابن سعد، ع، طب، ((الضعيفة)) (1983)].
(Lemah) Daripada Sahl bin Saad RA secara marfu'-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Manusia akan saling mengucapkan takziah sesama mereka selepasku: Takziah kepadaku.)) Dia (Sahl) berkata: Ketika itu manusia berkata: Apakah ini? Maka apabila Rasulullah SAW diwafatkan, mereka berjumpa satu sama lain untuk mengucapkan takziah mengenai Rasulullah SAW. [Riwayat Ibn Sa’ad, Musnad Abi Ya’la dan al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1983].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman