Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Manusia akan pupus dan akan kekal ada adalah monyet

Teks Bahasa Arab

ذهب الناس وبقي النسناس.

Teks Bahasa Melayu

Manusia akan pupus dan akan kekal ada adalah monyet.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 41, hadis no. 152. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

من كلام أبي هريرة - رضي الله عنه - قيل له فما النسناس قال يشبهون الناس وليسوا بناس وروي نحوه عن ابن عباس من قوله وقال الحسن ذهب الناس وبقي النسناس لو تكاشفتم ما تدافنتم.

Berasal daripada ucapan Abu Hurairah RA, ditanya kepada beliau: "Apa itu monyet?", jawab beliau: "Yang menyerupai manusia, namun ia bukanlah manusia". Turut diriwayatkan seumpamanya daripada Ibn 'Abbas melalui kata-kata beliau. Al-Hasan berkata: "Manusia akan pergi dan yang tinggal adalah monyet. Kalaulah kalian saling membuka aib, pasti kalian tidak sanggup untuk saling mengebumikan".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.