Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ النَّاسَ ليحجُّونَ ويعتَمِرونَ، ويغرِسُونَ النَّخلَ بعدَ خروجِ يأجوجَ ومأجوجَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya manusia akan menunaikan haji dan umrah serta menanam pokok kurma selepas keluarnya Yakjuj dan Makjuj.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1321, hadis no. 6742. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف بهذا التمام) عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه أن رسول الله ﷺ قال: إن الناس ليحجون ويعتمرون، ويغرسون النخل بعد خروج يأجوج ومأجوج. [عبد بن حميد، ((الضعيفة)) (2370)].
(Lemah dengan lafaz yang lengkap ini) Daripada Abi Sa'id al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya manusia akan menunaikan haji dan umrah serta menanam pokok kurma selepas keluarnya Yakjuj dan Makjuj. [Riwayat 'Abd bin Humaid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2370].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman