Manusia akan menduduki banyak tempat dan akan tinggal di tempat yang dipanggil al-Basrah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن الناس سيمصرون أمصارا، ويمصرون مصرا، يقال لها: البصرة، فإن أنت أتيتها، فسكنت فيها، فاجتنب مسجدها، وسوقها وأحسبه، قال: وعليك بضواحيها، فسيكون بها خسف ومسخ، قال أنس: فمن هناك سكنت القصر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith : Manusia akan menduduki banyak tempat dan akan tinggal di tempat yang dipanggil al-Basrah. Jika kamu mendatanginya dan tinggal di dalamnya, maka jauhilah masjid dan kedai-kedainya. Kamu hendaklah tinggal di hujung tempat tersebut. Akan berlaku gerhana dan kejadian makhluk bertukar rupa. Anas berkata: Dari sanalah aku tinggal di istana.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 434, hadis nombor 13. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي، عن أنس مرفوعا، وفي إسناده: عمار بن زربي. قال ابن الجوزي: كذاب، وأدخل الحديث في موضوعاته من أجله.
قال في اللآلىء: أخرجه أبو الشيخ في الفتن، وله طريق آخر، أخرجه أبو داود في سننه، فذكر نحوه، قال الحافظ العلائي: هذا الحديث ذكره ابن الجوزي في الموضوعات، وتعلق فيه بعمار بن زربي، ولم يتفرد به، بل له سند آخر، رواه أبو داود، ثم قال في إسناده أبي داود: رجاله رجال الصحيح كلهم. وقد رواه الطبراني في الأوسط، من طريق ثالثة.

Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Anas secara marfu’. Dalam sanadnya ada Ammar bin Zarbi. Ibn al-Jauzi berkata: Pendusta. Beliau memasukkan hadis ini ke dalam al-Maudhuat kerana dia.
Dia berkata dalam al-Laali’: Ia diriwayatkan oleh Abu al-Syaikh dalam al-Fitan, baginya ada jalur yang lain. Diriwayatkan juga oleh Abu Daud dalam Sunannya dan menukilkan hadis yang sama. Al-Hafiz Al-‘Ala’i berkata: Hadis ini disebutkan oleh Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhuat kerana Ammar bin Zarbi dan dia bukan bersendirian malah ada sanad yang lain. Diriwayatkan oleh Abu Daud, dalam sanadnya adalah perawi kitab yang sahih kesemuanya. Diriwayatkan juga oleh al-Tabarani dalam al-Awsat, daripada jalur yang ketiga.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs