Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: إِنَّ النَّاسَ سَيُمَصِّرُونَ أَمْصَارًا، وَيُمَصِّرُونَ مِصْرًا، يُقَالُ لَهَا: الْبَصْرَةُ، فَإِنْ أَنْتَ أَتَيْتَهَا، فَسَكَنْتَ فِيهَا، فَاجْتَنِبْ مَسْجِدَهَا، وَسُوقَهَا وَأَحْسَبُهُ، قَالَ: وَعَلَيْكَ بِضَوَاحِيهَا، فَسَيَكُونُ بِهَا خَسْفٌ وَمَسْخٌ، قَالَ أَنَسٌ: فَمِنْ هُنَاكَ سَكَنْتُ الْقَصْرَ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith : Manusia akan menduduki banyak tempat dan akan tinggal di tempat yang dipanggil al-Basrah. Jika kamu mendatanginya dan tinggal di dalamnya, maka jauhilah masjid dan kedai-kedainya. Kamu hendaklah tinggal di hujung tempat tersebut. Akan berlaku gerhana dan kejadian makhluk bertukar rupa. Anas berkata: Dari sanalah aku tinggal di istana.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 434, hadis no. 13. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن عدي، عن أنس مرفوعا، وفي إسناده: عمار بن زربي. قال ابن الجوزي: كذاب، وأدخل الحديث في موضوعاته من أجله. قال في اللآلىء: أخرجه أبو الشيخ في الفتن، وله طريق آخر، أخرجه أبو داود في سننه، فذكر نحوه، قال الحافظ العلائي: هذا الحديث ذكره ابن الجوزي في الموضوعات، وتعلق فيه بعمار بن زربي، ولم يتفرد به، بل له سند آخر، رواه أبو داود، ثم قال في إسناده أبي داود: رجاله رجال الصحيح كلهم. وقد رواه الطبراني في الأوسط، من طريق ثالثة.
Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Anas secara marfu’. Dalam sanadnya ada Ammar bin Zarbi. Ibn al-Jauzi berkata: Pendusta. Beliau memasukkan hadis ini ke dalam al-Maudhuat kerana dia. Dia berkata dalam al-Laali’: Ia diriwayatkan oleh Abu al-Syaikh dalam al-Fitan, baginya ada jalur yang lain. Diriwayatkan juga oleh Abu Daud dalam Sunannya dan menukilkan hadis yang sama. Al-Hafiz Al-‘Ala’i berkata: Hadis ini disebutkan oleh Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhuat kerana Ammar bin Zarbi dan dia bukan bersendirian malah ada sanad yang lain. Diriwayatkan oleh Abu Daud, dalam sanadnya adalah perawi kitab yang sahih kesemuanya. Diriwayatkan juga oleh al-Tabarani dalam al-Awsat, daripada jalur yang ketiga.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman