Manusia akan keluar ke Barat (matahari terbenam), mereka akan datang pada hari kiamat dalam keadaan wajah mereka bercahaya

TEKS BAHASA ARAB

سيخرج ناس إلى المغرب، يأتون يوم القيامة وجوههم على ضوء الشمس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manusia akan keluar ke Barat (matahari terbenam), mereka akan datang pada hari kiamat dalam keadaan wajah mereka bercahaya dengan cahaya matahari.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 837, hadis nombor 4287. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي مصعب، قال: قدم رجل من أهل المدينة شيخ، فرأوه مؤثرا في جهازه، فسألهم (كذا ولعله: فسألوه)، فأخبرهم أنه يريد المغرب، وقال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((سيخرج ناس إلى المغرب، يأتون يوم القيامة وجوههم على ضوء الشمس)).
[حم، ((الضعيفة)) (3715)]

(Lemah) Daripada Abū Muṣ’ab RA berkata: Telah datang seorang lelaki dalam kalangan ahli Madinah iaitu seorang lelaki tua. Lalu mereka melihat dia ada kesan-kesan permusafiran, lalu dia bertanya mereka (begini ataupun boleh jadi: mereka bertanya kepadanya) lalu dia memberitahu mereka bahawasanya dia mahu menuju ke barat dan berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Manusia akan keluar ke Barat (matahari terbenam), mereka akan datang pada hari kiamat dalam keadaan wajah mereka bercahaya dengan cahaya matahari.
[Riwayat Aḥmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3715]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs