Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما مِن صاحبٍ يصحَبُ صاحبًا ولَو ساعةً مِن نهارٍ، إلَّا سُئلَ عن صُحبتِهِ، هَل أقامَ فيها حقَّ اللهِ أمْ أضاعَهُ؟
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada seorang pun yang bersahabat dengan temannya walau seketika daripada waktu siang hari, melainkan dia akan ditanyakan tentang persahabatannya; Adakah dia telah menegakkan hak Allah padanya(persahabatan itu) atau mengabaikannya?
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 17, hadis no. 26. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) ((ما من صاحب يصحب صاحبا ولو ساعة من نهار، إلا سئل عن صحبته: هل أقام فيها حق الله أم أضاعه؟)). [((الضعيفة))(124)]. أورده الغزالي في "الإحياء" (2 / 154) جازما بنسبته إليه صلى الله عليه وسلم بلفظ: "إنه دخل غيضة مع بعض أصحابه فاجتنى منه سواكين أحدهما معوج والآخر مستقيم فدفع المستقيم إلى صاحبه فقال له: يا رسول الله، كنت والله أحق بالمستقيم مني"، فقال: فذكره. قال الحافظ العراقي في ((تخريج الإحياء)): لم أقف له على أصل.
(Palsu) Tidak ada seorang sahabat yang bersahabat dengan temannya walau seketika daripada waktu siang hari, melainkan dia akan ditanyakan tentang persahabatannya; Adakah dia telah menegakkan hak Allah padanya(persahabatan itu) atau mengabaikannya? [Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.124]. Al-Ghazali memasukkannya di dalam Kitab al-Ihya’ (2/154) secara jazam dengan menisbahkannya kepada Rasulullah S.A.W dengan lafaz: Sesungguhnya Baginda masuk ke Ghaydhah bersama sebahagian sahabat Baginda, kemudian diberikan kepada Baginda dua batang siwak. Salah satunya bengkok dan satu lagi adalah lurus. Lalu, Baginda memberikan yang lurus itu kepada pemiliknya. Lelaki itu berkata kepadanya: Wahai Rasulullah, demi Allah engkau lebih berhak untuk mengambil yang lurus ini berbanding aku. Lalu Baginda bersabda:Tidak ada seorang sahabat yang bersahabat dengan temannya walau seketika daripada waktu siang hari, melainkan dia akan ditanyakan tentang persahabatannya; Adakah dia telah menegakkan hak Allah padanya(persahabatan itu) atau mengabaikannya?, Al-Hafizh al-‘Iraqi berkata dalam Takhrij al-Ihya’: Aku tidak menemukan asal baginya’.
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman