Batil

30/06/2024

minit bacaan



Manusia akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama ibu-ibu mereka sebagai penutupan daripada Allah

Teks Bahasa Arab

يُدعَى النَّاسُ يومَ القيامةِ بأمَّهاتِهِم؛ سَترًا مِنَ اللَّهِ عزَّ وجلَّ عليهِم.

Teks Bahasa Melayu

Manusia akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama ibu-ibu mereka sebagai penutupan daripada Allah terhadap mereka.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1361, hadis no. 6941. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن أنس رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يدعى الناس يوم القيامة بأمهاتهم؛ سترا من الله عز وجل عليهم. [عد، ((الضعيفة)) (433، 5463)]

(Batil) Daripada Anas RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Manusia akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama ibu-ibu mereka sebagai penutupan daripada Allah terhadap mereka. [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 433, 5463]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.