Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يُدْعَى النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأمَّهَاتِهِم سَتْرًا مِنَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْهِمْ.
Teks Bahasa Melayu
Manusia akan dipanggil pada hari kiamat dengan menggunakan nama ibu mereka sebagai penutupan (tabir) daripada Allah 'Azza wa jalla terhadap mereka.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1305, hadis no. 6664. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس رضي الله عنه، مرفوعا: يدعى الناس يوم القيامة بأمهاتهم سترا من الله عز وجل عليهم. [عد، ((الضعيفة)) (433)].
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Manusia akan dipanggil pada hari kiamat dengan menggunakan nama ibu mereka sebagai penutupan (tabir) daripada Allah 'Azza wa jalla terhadap mereka. [Riwayat Ibn 'Adi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 433].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman