Manusia akan dikumpulkan pada hari kiamat dalam keadaan tidak berpakaian dan berkaki ayam

TEKS BAHASA ARAB

يحشر الناس يوم القيامة عراة حفاة. فقالت أم سلمة: يا رسول الله! وا سوأتاه! ينظر بعضنا إلى بعض؟! فقال: شغل الناس. قلت: ما شغلهم؟ قال: نشر الصحائف؛ فيها مثاقيل الذر ومثاقيل الخردل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

"Manusia akan dikumpulkan pada hari kiamat dalam keadaan tidak berpakaian dan berkaki ayam". Lantas Ummu Salamah berkata: "Wahai Rasulullah! Alangkah buruknya! Kami akan saling melihat kepada sesama kami?!" Maka Baginda menjawab: "(Ketika itu) manusia disibukkan". Aku bertanya: "Apa yang menyibukkan mereka?" Baginda menjawab: "Pengedaran lembaran (amal), padanya ada timbangan seberat zarah dan timbangan seberat biji sawi".

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 510-511, hadis nombor 2717. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أم سلمة -رضي الله عنها-، قالت: قال رسول الله ﷺ: «يحشر الناس يوم القيامة عراة حفاة. فقالت أم سلمة: يا رسول الله! وا سوأتاه! ينظر بعضنا إلى بعض؟! فقال: شغل الناس. قلت: ما شغلهم؟ قال: نشر الصحائف؛ فيها مثاقيل الذر ومثاقيل الخردل». [ابن أبي الدنيا في «الأهوال»، طس، تخ، «الضعيفة» (5318)].

(Munkar) Daripada Ummu Salamah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Manusia akan dikumpulkan pada hari kiamat dalam keadaan tidak berpakaian dan berkaki ayam". Lantas Ummu Salamah berkata: "Wahai Rasulullah! Alangkah buruknya! Kami akan saling melihat kepada sesama kami?!" Maka Baginda menjawab: "(Ketika itu) manusia disibukkan". Aku bertanya: "Apa yang menyibukkan mereka?" Baginda menjawab: "Pengedaran lembaran (amal), padanya ada timbangan seberat zarah dan timbangan seberat biji sawi". [Riwayat Ibn Abu al-Dunya dalam al-Ahwal, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat dan al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5318].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs