Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Manusia akan dikumpulkan pada hari kiamat dalam keadaan tidak berpakaian dan berkaki ayam

Teks Bahasa Arab

يحشر الناس يوم القيامة عراة حفاة. فقالت أم سلمة: يا رسول الله! وا سوأتاه! ينظر بعضنا إلى بعض؟! فقال: شغل الناس. قلت: ما شغلهم؟ قال: نشر الصحائف؛ فيها مثاقيل الذر ومثاقيل الخردل.

Teks Bahasa Melayu

Manusia akan dikumpulkan pada hari kiamat dalam keadaan tidak berpakaian dan berkaki ayam. Wahai Rasulullah! Alangkah buruknya! Kami akan melihat sesama kami (tanpa sehelai benang)?! Maka Baginda menjawab: (Ketika itu) Manusia disibukkan dengan perkara lain. Aku bertanya: Apa yang menyibukkan mereka? Baginda menjawab: (Ketika itu), terbentangnya lembaran amalan, didalamnya ada amalan (yang tertulis) sekecil zarah dan sebesar biji ﷺi.

Sahabat Perawi

  1. Ummu Salamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 510, hadis no. 2717.

(منکر) عن أم سلمة -رضي الله عنها-، قالت: قال رسول الله : «يحشر الناس يوم القيامة عراة حفاة. فقالت أم سلمة: یا رسول الله! واسوأتاه! ينظر بعضنا إلى بعض ؟! فقال: شغل الناس. قلت: ما شغلهم؟ قال: نشر الصحائف؛ فيها مثاقيل الذر ومثاقيل الخردل». [(ابن أبي الدنيا في «الأهوال»، طس، تخ، «الضعيفة» (5318)]

(Munkar) Daripada Ummu Salamah RA berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Manusia akan dikumpulkan pada hari kiamat dalam keadaan tidak berpakaian dan berkaki ayam. Wahai Rasulullah! Alangkah buruknya! Kami akan melihat sesama kami (tanpa sehelai benang)?! Maka Baginda menjawab: (Ketika itu) Manusia disibukkan dengan perkara lain. Aku bertanya: Apa yang menyibukkan mereka? Baginda menjawab: (Ketika itu), terbentangnya lembaran amalan, didalamnya ada amalan (yang tertulis) sekecil zarah dan sebesar biji ﷺi. [Ibnu Abi al-Dunya dalam kitabnya al-Ahwal, al-Tabrani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Awsat, al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no 5318].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.