Manusia akan dikumpulkan di satu tempat yang sama

TEKS BAHASA ARAB

يجمع الناس في صعيد واحد، ينفذهم البصر، ويسمعهم الداعي، ثم ينادي: سيعلم الجمع لمن العز والكرم! (ثلاث مرات)، ثم يقول: أين الذين كانت تتجافى جنوبهم عن المضاجع يدعون ربهم خوفا وطمعا الآية؟ ثم ينادي: سيعلم أهل الجمع لمن العز والكرم! ثم يقول: أين الذين كانت لا تلهيهم تجارة ولا بيع عن ذكر الله؟ (ثلاث مرات)، ثم يقول: أين الحمادون الذين كانوا يحمدون الله؟

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manusia akan dikumpulkan di satu tempat yang sama. Pandangan mata boleh melihat mereka semua dan penyeru boleh memperdengarkan mereka suara seruan. Kemudian penyeru itu memanggil: orang himpunan ini akan mengetahui kepunyaan siapa kemuliaan dan keagungan (sebanyak tiga kali). Kemudian dia berkata: Di manakah orang yang merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaan-Nya)? Kemudian dia berkata: Orang himpunan ini akan mengetahui kepunyaan siapa kemuliaan dan keagungan. Kemudian dia berkata: Di manakah orang yang yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah (sebanyak tiga kali). Kemudian dia berkata: Di manakah orang yang banyak memuji Allah?

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1944, hadis nombor 9743. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عقبة بن عامر رضي الله عنه قال: كنا نتناوب الرَّعْيَةَ، فلما كان نوبتي؛ سرحتُ إبلي، فجثت رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وهو يخطب، فسمعته يقول: يُجْمَعُ النَّاسُ فِي صَعِيدٍ وَاحِدٍ، يَنْفُذُهُمُ الْبَصَرُ، وَيُسْمِعُهُمُ الدَّاعِي، ثم ينادي: سيعلم الجمع لِمَنِ العِزُّ والكرمُ! (ثلاث مرات)، ثم يقول: أين الذين كانت تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفاً وَطَمَعاً الآية؟ ثم ينادي: سيعلم أهل الجمع لمن العز والكرم! ثم يقول: أين الذين كانت لَا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ؟ (ثلاث مرات)، ثم يقول: أين الحمادون الذين كانوا يحمدون الله؟
[ك، حل، ((الضعيفة)) (6014)]

(Lemah)
Daripada Uqbah Bin Amir RA. Beliau berkata: Kami saling berganti untuk menggembala. Apabila tiba giliran aku untuk menggembala, aku melepaskan untaku. Aku pergi kepada Rasulullah SAW dalam keadaan Baginda sedang berucap. Aku mendengar Baginda bersabda: Manusia akan dikumpulkan di satu tempat yang sama. Pandangan mata boleh melihat mereka semua dan penyeru boleh memperdengarkan mereka suara seruan. Kemudian penyeru itu memanggil: orang himpunan ini akan mengetahui kepunyaan siapa kemuliaan dan keagungan (sebanyak tiga kali). Kemudian dia berkata: Di manakah orang yang merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaan-Nya)? Kemudian dia berkata: Orang himpunan ini akan mengetahui kepunyaan siapa kemuliaan dan keagungan. Kemudian dia berkata: Di manakah orang yang yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah (sebanyak tiga kali). Kemudian dia berkata: Di manakah orang yang banyak memuji Allah?
[Riwayat Imam Hakim, Imam Abu Nu’aim dalam kitab al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6014]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs