Manusia akan dibunuh di 'Azra

TEKS BAHASA ARAB

سيقتل بـ (عذرا) ناس، يغضب الله لهم وأهل السماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manusia akan dibunuh di ‘Azra, Allah dan penduduk bumi murka disebabkan (pembunuhan) mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1335, hadis nombor 6820. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي الأسود قال: دخل معاوية على عائشة، فقالت: ما حملك على قتل حجر وأصحابه؟! فقال: يا أم المؤمنين! إني رأيت قتلهم صلاحاً للأمة، وبقاءهم فساداً للأمة، فقالت: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: سيقتل بـ (عذرا) ناس، يغضب الله لهم وأهل السماء.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3723، 6324)]

(Lemah)
Daripada Abi al-Aswad telah berkata: Mu’awiyah pernah masuk menemui ‘Aishah, ‘Aishah bertanya kepadanya: Kenapa engkau membunuh Hujr dan sahabat-sahabatnya? Mu’awiyah berkata: Wahai Ummu al-Mukminin! Sesungguhnya aku melihat bahawa membunuh mereka adalah kebaikan untuk umat dan membiarkan mereka hidup pula adalah kerosakan kepada umat. ‘Aishah pun berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Manusia akan dibunuh di ‘Azra, Allah dan penduduk bumi murka disebabkan (pembunuhan) mereka.
[Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3723, 6324]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs