Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سيقتلُ بِـ (عذرا) ناسٌ، يغضبُ اللهُ لهم وأهلُ السماءِ.
Teks Bahasa Melayu
Manusia akan dibunuh di 'Azra, Allah dan penduduk bumi murka disebabkan (pembunuhan) mereka.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1335, hadis no. 6820. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abi al-Aswad telah berkata: Mu'awiyah pernah masuk menemui 'Aishah, 'Aishah bertanya kepadanya: Kenapa engkau membunuh Hujr dan sahabat-sahabatnya? Mu'awiyah berkata: Wahai Ummu al-Mukminin! Sesungguhnya aku melihat bahawa membunuh mereka adalah kebaikan untuk umat dan membiarkan mereka hidup pula adalah kerosakan kepada umat. 'Aishah pun berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Manusia akan dibunuh di 'Azra, Allah dan penduduk bumi murka disebabkan (pembunuhan) mereka. [Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3723, 6324]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman