Manusia akan berbaris beberapa barisan pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

يصف الناس يوم القيامة صفوفا، فيمر الرجل من أهل النار على الرجل فيقول: يا فلان! أما تذكر يوم استسقيت، فسقيتك شربة؟ قال: فيشفع له، ويمر الرجل فيقول: أما تذكر يوم ناولتك طهورا؟ فيشفع له. ويمر الرجل فيقول: يا فلان! أما تذكر يوم بعثتني في حاجة كذا وكذا فذهبت لك؟ فيشفع له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manusia akan berbaris (beratur) beberapa barisan pada hari kiamat. Lalu seseorang dalam kalangan ahli neraka melintas seseorang yang lain, lalu dia berkata: Wahai Fulan! Tidakkah kamu ingat pada hari kamu meminta minuman, lalu aku berikan kepadamu minuman? Baginda bersabda: Lalu diberikan syafaat kepadanya. Seseorang yang lain pula melintasi lalu berkata: Tidakkah kamu ingat pada hari aku bawakan kepadamu alat bersuci? Lalu diberikan syafaat kepadanya. Seseorang yang lain pula melintas lalu berkata: Wahai fulan! Tidak ingatkah kamu pada hari engkau menghantarku untuk satu keperluan tertentu, lalu aku pun pergi untuk membantumu? Lalu diberikan syafaat kepadanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1305, hadis nombor 6665. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس رضي الله عنه، مرفوعا: يصف الناس يوم القيامة صفوفا، فيمر الرجل من أهل النار على الرجل فيقول: يا فلان أما تذكر يوم استسقيت، فسقيتك شربة؟ قال: فيشفع له، ويمر الرجل فيقول: أما تذكر يوم ناولتك طهورا؟ فيشفع له، ويمر الرجل فيقول: يا فلان أما تذكر يوم بعثتني في حاجة كذا وكذا فذهبت لك؟ فيشفع له.
[هـ، ((الضعيفة)) (93)].

(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Manusia akan berbaris (beratur) beberapa barisan pada hari kiamat. Lalu seseorang dalam kalangan ahli neraka melintas seseorang yang lain, lalu dia berkata: Wahai Fulan! Tidakkah kamu ingat pada hari kamu meminta minuman, lalu aku berikan kepadamu minuman? Baginda bersabda: Lalu diberikan syafaat kepadanya. Seseorang yang lain pula melintasi lalu berkata: Tidakkah kamu ingat pada hari aku bawakan kepadamu alat bersuci? Lalu diberikan syafaat kepadanya. Seseorang yang lain pula melintas lalu berkata: Wahai fulan! Tidak ingatkah kamu pada hari engkau menghantarku untuk satu keperluan tertentu, lalu aku pun pergi untuk membantumu? Lalu diberikan syafaat kepadanya.
[Riwayat Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 93].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs