Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
النَّاسُ مَعَادِنُ، والعِرْقُ دَسَّاسٌ، وأَدَبُ السُّوءِ كعِرْقِ السُّوءِ.
Teks Bahasa Melayu
Manusia adalah logam, dan pengaruh keturunan itu menghentak (logam berkenaan), manakala adab yang buruk bagaikan keturunan yang buruk.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 928, hadis no. 4773. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: الناس معادن، والعرق دساس، وأدب السوء كعرق السوء. [الضعيفة (2047)].
(Lemah) Diriwayatkan daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Manusia adalah logam, dan pengaruh keturunan itu menghentak (logam berkenaan), manakala adab yang buruk bagaikan keturunan yang buruk. [Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2047].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman