TEKS BAHASA ARAB
استعينوا بطعام السحر على صيام النهار، وبالقيلولة على قيام الليل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Manfaatkanlah makan sahur kalian agar dapat kalian bertahan untuk berpuasa pada siang hari tersebut, dan manfaatkanlah qailulah (tidur siang) kalian itu agar kamu dapat berqiyam pada waktu malam.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1137, hadis nombor 5736. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((استعينوا بطعام السحر على صيام النهار، وبالقيلولة على قيام الليل)).
[ه، ابن نصر في ((قيام الليل))، ابن خزيمة، ابن مرداس في ((حديثه))، المخلص في ((الفوائد المنتقاة))، عد، ك، هب، ابن النجار في ((ذيل تاريخ بغداد))، ((الضعيفة)) (2758)]
(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Manfaatkanlah makan sahur kalian agar dapat kalian bertahan untuk berpuasa pada siang hari tersebut, dan manfaatkanlah qailulah (tidur siang) kalian itu agar kamu dapat berqiyam pada waktu malam."
[Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan, Ibn Nasr dalam Qiyam al-Lail, Ibn Khuzaymah, Ibn Mardas dalam Hadisnya, al-Mukhallis dalam al-Fawaid al-Muntaqah, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, dan Ibn al-Najar dalam Zail Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2758]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.