Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اغتسِلوا يومَ الجمعةِ، فإنهُ منِ اغتسل يومَ الجمعةِ فلهُ كفارةُ ما بينَ الجمعةِ إلى الجمعةِ، وزيادةُ ثلاثةِ أيامٍ.
Teks Bahasa Melayu
Mandilah kamu pada hari Jumaat, kerana sesiapa yang mandi pada hari Jumaat maka baginya kaffarah (pengampunan dosa) di antara satu ke Jumaat seterusnya, serta penambahan (pengampunan dosa) sebanyak tiga hari.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 264, hadis no. 1376. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Daripada Abu Umamah RA daripada Nabi SAW baginda bersabda: Mandilah kamu pada hari Jumaat, kerana sesiapa yang mandi pada hari Jumaat maka baginya kaffarah (pengampunan dosa) di antara satu ke Jumaat seterusnya, serta penambahan (pengampunan dosa) sebanyak tiga hari. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat serta al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn Abi Hatim dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2848]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman