Classification icon

Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Mandi pada hari Jumaat itu benar-benar dapat mengeluarkan dosa-dosa daripada pangkal rambut

Teks Bahasa Arab

إنَّ الغُسْلَ يومَ الجُمُعةِ لَيَسُلُّ الخَطَايَا من أصولِ الشعرِ اسْتِلَالًا.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya mandi pada hari Jumaat itu benar-benar dapat mengeluarkan dosa-dosa daripada pangkal rambut.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1197, hadis no. 6076. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي أمامة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الغسل يوم الجمعة ليسل الخطايا من أصول الشعر استلالا. [ابن أبي حاتم في ((العلل))، ((الضعيفة)) (1802)]

(Munkar) Daripada Abi Umamah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya mandi pada hari Jumaat itu benar-benar dapat mengeluarkan dosa-dosa daripada pangkal rambut. [Riwayat Ibn Abi Hatim dalam al-'Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1802]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.