Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الغُسلُ واجبٌ علَى كلِّ مسلمٍ في كل سَبعةِ أيَّامٍ: شعرِهِ وبشرِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Mandi adalah wajib ke atas setiap muslim pada setiap tujuh hari: Pada rambut dan kulitnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1205, hadis no. 6128. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنه مرفوعاً: الغسل واجب على كل مسلم في كل سبعة أيام: شعره وبشره. [طب، ((الضعيفة)) (3972)]
(Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu': Mandi adalah wajib ke atas setiap muslim pada setiap tujuh hari: Pada rambut dan kulitnya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3972]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman