Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya

TEKS BAHASA ARAB

أيما امرأة ماتت وزوجها عنها راض دخلت الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya, nescaya dia akan masuk syurga.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 918, hadis nombor 4708. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أم سلمة -رضي الله عنها-، قالت: سمعت رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يقول: ((أيما امرأة ماتت وزوجها عنها راض دخلت الجنة)).
[ش، ت، ه، ك، الثقفي في ((الثقفيات))، ((الضعيفة)) (1426)].

(Munkar)
Daripada Ummu Salamah RA bahawa dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda: Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya, nescaya dia akan masuk syurga.
[Riwayat Ibn Abi Shaibah dalam al-Musannaf, at-Tirmizi dalam Jami’ beliau, Ibn Majah dalam al-Sunan, al-Hakim dalam al-Mustadrak, dan al-Thaqafiyy dalam al-Thaqafiyyat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1426].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs