Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أيُّما امرأةٍ ماتت وزوجُها عنها راضٍ دخَلَتِ الجنةَ.
Teks Bahasa Melayu
Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya, nescaya dia akan masuk syurga.
Sahabat Perawi
- Ummu Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 918, hadis no. 4708. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أم سلمة -رضي الله عنها-، قالت: سمعت رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يقول: أيما امرأة ماتت وزوجها عنها راض دخلت الجنة. [ش، ت، ه، ك، الثقفي في الثقفيات، الضعيفة (1426)].
(Munkar) Daripada Ummu Salamah RA bahawa dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda: Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya, nescaya dia akan masuk syurga. [Riwayat Ibn Abi Shaibah dalam al-Musannaf, at-Tirmizi dalam Jami’ beliau, Ibn Majah dalam al-Sunan, al-Hakim dalam al-Mustadrak, dan al-Thaqafiyy dalam al-Thaqafiyyat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1426].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman