Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Mana-mana wanita yang memasukkan ke dalam sesuatu kaum apa yang bukan dari mereka

Teks Bahasa Arab

أيُّما امرأةِ أَدْخَلَتْ على قومٍ مَنْ ليس منهم ، فليست مِنَ اللهِ في شيءٍ ، ولن يُدْخِلَها اللهُ جَنَّتَه، [وأيُّما رَجُلٍ جَحَد ولدَه وهو يَنْظُرُ إليه احتَجَب اللهُ منه ، وفَضَحَه على رؤوسِ الأولينَ والآخِرينَ].

Teks Bahasa Melayu

Mana-mana wanita yang memasukkan ke dalam sesuatu kaum apa yang bukan dari mereka, maka dia tidak akan mendapat apa-apa di sisi Allah, dan Allah tidak akan memasukkan ke dalam syurgaNya. Mana-mana lelaki yang mengkafirkan anaknya dalam keadaan dia melihat anaknya maka Allah akan hijabkan dia darinya, dan memalukan dia ke atas kesemua pembesar-pembesar dari zaman awal hingga ke akhir.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 771, hadis no. 3941. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه - أنه سمع رسول الله ﷺﷺ حين نزلت آية المتلاعنين: ((أيما امرأة أدخلت على قوم من ليس منهم، فليست من الله في شيء، ولن يدخلها الله جنته، [وأيما رجل جحد ولده وهو ينظر إليه احتجب الله منه، وفضحه على رؤوس الأولين والآخرين])). [د، ن، الدارمي، حب، ك، هق، ((الضعيفة)) (1427)].

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA bahawa dia mendengar Rasulullah SAW ketika turun ayat dua orang yang saling melaknat antara satu sama lain: “Mana-mana wanita yang memasukkan ke dalam sesuatu kaum apa yang bukan dari mereka, maka dia tidak akan mendapat apa-apa di sisi Allah, dan Allah tidak akan memasukkan ke dalam syurgaNya. Mana-mana lelaki yang mengkafirkan anaknya dalam keadaan dia melihat anaknya maka Allah akan hijabkan dia darinya, dan memalukan dia ke atas kesemua pembesar-pembesar dari zaman awal hingga ke akhir.” [Riwayat Sunan Abi Daud, Riwayat al-Nasaie dalam Sunannya, Riwayat al-Darimi dalam Sunannya, Riwayat Ibn Hibban dalam Sunannya, Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, Riwayat Al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no 1427].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.