TEKS BAHASA ARAB
أيما امرأة خرجت من غير أمر زوجها كانت في سخط الله حتى ترجع إلى بيتها أو يرضى عنها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Mana-mana wanita yang keluar tanpa kebenaran suaminya, maka dia berada dalam kemarahan Allah SWT sehinggalah dia pulang ke rumahnya atau suaminya meredhai perbuatannya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 918, hadis nombor 4707. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((أيما امرأة خرجت من غير أمر زوجها كانت في سخط الله حتى ترجع إلى بيتها أو يرضى عنها)).
[خط، ((الضعيفة)) (1020)].
(Palsu)
Diriwayatkan daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mana-mana wanita yang keluar tanpa kebenaran suaminya, maka dia berada dalam kemarahan Allah SWT sehinggalah dia pulang ke rumahnya atau suaminya meredhai perbuatannya.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1020].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.