TEKS BAHASA ARAB
أيما امراة قعدت على بيت أولادها، فهي معي في الجنة، وأشار بإصبعه السبابة والوسطى.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Mana-mana wanita yang duduk bersama anak-anaknya, nescaya dia akan bersamaku di dalam syurga. Lantas baginda SAW mengisyaratkan jari telunjuk dan jari hantunya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 925, hadis nombor 4759. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((أيما امراة قعدت على بيت أولادها، فهي معي في الجنة، وأشار بإصبعه السبابة والوسطى)).
[ابن بشران، ((الضعيفة)) (2472)].
(Lemah)
Diriwayatkan daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mana-mana wanita yang duduk bersama anak-anaknya, nescaya dia akan bersamaku di dalam syurga. Lantas baginda SAW mengisyaratkan jari telunjuk dan jari hantunya.
[Riwayat Ibn Bishran dalam al-Amali. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2472].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.