Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Mana-mana wanita yang duduk bersama anak-anaknya, nescaya dia akan bersamaku di dalam syurga

Teks Bahasa Arab

أيُّما امرأةٍ قعَدت علَى بيتِ أولادِها ، فَهيَ معي في الجنَّةِ، وأشارَ بإصبعِهِ السَّبَّابةِ والوُسطى.

Teks Bahasa Melayu

Mana-mana wanita yang duduk bersama anak-anaknya, nescaya dia akan bersamaku di dalam syurga. Lantas baginda SAW mengisyaratkan jari telunjuk dan jari hantunya.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 925, hadis no. 4759. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: أيما امراة قعدت على بيت أولادها، فهي معي في الجنة، وأشار بإصبعه السبابة والوسطى. [ابن بشران، الضعيفة (2472)].

(lemah) Daripada Anas RA secara marfu' : Mana-mana wanita yang duduk bersama anak-anaknya, nescaya dia akan bersamaku di dalam syurga. Lantas baginda SAW mengisyaratkan jari telunjuk dan jari hantunya.

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.