Mana-mana wanita yang dikahwinkan dengan mahar atau hantaran atau pemberian

TEKS BAHASA ARAB

أيما امرأة نكحت على صداق أوحباء أو عدة قبل عصمة النكاح، فهو لها، وما كان بعد عصمة النكاح، فهو لمن أعطيه، وأحق ما أكرم عليه الرجل ابنته أو أخته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mana-mana wanita yang dikahwinkan dengan mahar atau hantaran atau pemberian (yang dijanjikan) sebelum berlakunya akad nikah, maka ianya untuk wanita tersebut. Adapun (yang diminta) selepas berlakunya akad nikah, maka ianya hak orang yang memberinya (suaminya). Dan orang yang paling berhak dimuliakan oleh seorang lelaki ialah anak perempuannya atau saudara perempuannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 918, hadis nombor 4709. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنه- مرفوعا: ((أيما امرأة نكحت على صداق أوحباء أو عدة قبل عصمة النكاح، فهو لها، وما كان بعد عصمة النكاح، فهو لمن أعطيه، وأحق ما أكرم عليه الرجل ابنته أو أخته)).
[د، ن، ه، هق، حم، ((الضعيفة)) (1007)].

(Lemah)
Diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amru RA secara marfu’ (bersandarkan kepada Nabi SAW): Mana-mana wanita yang dikahwinkan dengan mahar atau hantaran atau pemberian (yang dijanjikan) sebelum berlakunya akad nikah, maka ianya untuk wanita tersebut. Adapun (yang diminta) selepas berlakunya akad nikah, maka ianya hak orang yang memberinya (suaminya). Dan orang yang paling berhak dimuliakan oleh seorang lelaki ialah anak perempuannya atau saudara perempuannya.
[Riwayat Abu Dawud dalam al-Sunan, an-Nasaie dalam al-Mujtaba, Ibn Majah dalam Sunan beliau, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dan Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1007].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.