Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَيُّمَا امْرَأَةٍ صَامَتْ بِغَيْرِ إِذْنِ زَوْجِهَا، فَأَرَادَهَا عَلَى شَيْءٍ، فَامْتَنَعَتْ مِنْهُ، كَتَبَ اللهُ عَلَيْهَا ثَلَاثًا مِنَ الكَبَائِرِ.
Teks Bahasa Melayu
Mana-mana wanita yang berpuasa tanpa keizinan suaminya, sedangkan suaminya mahu menginginkan sesuatu daripadanya, namun dia enggan; Allah tuliskan baginya tiga dosa besar.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1047, hadis no. 5354. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعًا قال: أيما امرأة صامت بغير إذن زوجها فأرادها على شيء فامتنعت عنه كتب الله عليها ثلاثا من الكبائر. [طس، الضعيفة (2473)]
[Munkar] Daripada Abu Hurairah RA, secara marfu‘ daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Mana-mana wanita yang berpuasa tanpa keizinan suaminya, sedangkan suaminya mahu menginginkan sesuatu daripadanya, namun dia enggan; Allah tuliskan baginya tiga dosa besar. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2473]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman