Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أيُّما امرأةٍ صامَت بغيرِ إذنِ زوجِها ، فأرادَها علَى شيءٍ ، فامتنَعت منهُ ، كتبَ اللهُ علَيها ثلاثًا منَ الكبائرِ.
Teks Bahasa Melayu
Mana-mana perempuan yang berpuasa tanpa izin suaminya, lalu apabila suaminya inginkan sesuatu daripadanya (bersetubuh), namun dia tidak memberikannya (atas alasan berpuasa), maka Allah akan mencatat baginya tiga catatan kesalahan yang setimpal dengan dosa-dosa besar.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1136, hadis no. 5730. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، مرفوعا: ((أيما امرأة صامت بغير إذن زوجها، فأرادها على شيء، فامتنعت عنه، كتب الله عليها ثلاثا من الكبائر)). [طس، ((الضعيفة)) (2473)]
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Mana-mana perempuan yang berpuasa tanpa izin suaminya, lalu apabila suaminya inginkan sesuatu daripadanya (bersetubuh), namun dia tidak memberikannya (atas alasan berpuasa), maka Allah akan mencatat baginya tiga catatan kesalahan yang setimpal dengan dosa-dosa besar." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2473]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman