TEKS BAHASA ARAB
أيما وال ولي من أمر المسلمين شيئا، وقف به على جسر جهنم فيهتز به الجسر حتى يزول كل عضو.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Mana-mana pemimpin yang menjaga urusan kaum muslimin, dia akan didudukkan di atas neraka Jahannam lalu jambatan itu digegarkan sehingga berguguranlah semua anggota badan.
STATUS
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 856, hadis nombor 4381. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن بشر بن عاصم -رضي الله عنه- قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((أيما وال ولي من أمر المسلمين شيئا، وقف به على جسر جهنم فيهتز به الجسر حتى يزول كل عضو)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7147)].
(Munkar)
Daripada Bisyr bin Asim berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Mana-mana pemimpin yang menjaga urusan kaum muslimin, dia akan didudukkan di atas neraka Jahannam lalu jambatan itu digegarkan sehingga berguguranlah semua anggota badan.”
[Riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 7147].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.