Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أيُّما والٍ ولِيَ مِنْ أمْرِ المسلمينَ شيئًا وُقِفَ بِهِ عَلَى جسِرِ جهنَّمَ فيهتزُّ بِهِ الجسرُ حتى يزولَ كُلُّ عضْوٍ.
Teks Bahasa Melayu
Mana-mana pemimpin yang menjaga urusan kaum muslimin, dia akan didudukkan di atas neraka Jahannam lalu jambatan itu digegarkan sehingga berguguranlah semua anggota badan.
Sahabat Perawi
- Bisyr bin Asim
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 856, hadis no. 4381. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن بشر بن عاصم -رضي الله عنه- قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((أيما وال ولي من أمر المسلمين شيئا، وقف به على جسر جهنم فيهتز به الجسر حتى يزول كل عضو)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7147)].
(Munkar) Daripada Bisyr bin Asim berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Mana-mana pemimpin yang menjaga urusan kaum muslimin, dia akan didudukkan di atas neraka Jahannam lalu jambatan itu digegarkan sehingga berguguranlah semua anggota badan.” [Riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 7147].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman