Mana-mana pemimpin yang menjaga rakyatnya, lalu tidak melaksanakannya dengan amanah dan nasihat

TEKS BAHASA ARAB

أيما راع استرعى رعيته، فلم يحفظها بالأمانة والنصيحة، ضاقت عليه رحمة الله التي وسعت كل شيء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mana-mana pemimpin yang menjaga rakyatnya, lalu tidak melaksanakannya dengan amanah dan nasihat, maka sempitlah peluang untuknya mendapat rahmat Allah yang meliputi segala sesuatu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 836, hadis nombor 4283. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الرحمن بن سمرة -رضي الله عنه- أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((أيما راع استرعى رعيته، فلم يحفظها بالأمانة والنصيحة، ضاقت عليه رحمة الله التي وسعت كل شيء)).
[خط، ((الضعيفة)) (3363)]

(Palsu) Daripada ‘Abd al-Raḥmān bin Samurah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Mana-mana pemimpin yang menjaga rakyatnya, lalu tidak melaksanakannya dengan amanah dan nasihat, maka sempitlah peluang untuknya mendapat rahmat Allah yang meliputi segala sesuatu.
[Riwayat Khaṭīb al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3363]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs