Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أيُّما راعٍ استَرعى رعيَّتَهُ، فلَم يحفَظها بالأمانةِ والنَّصيحَةِ ضاقَت علَيهِ رحمةُ اللَّهِ الَّتي وسِعَت كلَّ شيءٍ.
Teks Bahasa Melayu
Mana-mana pemimpin yang menjaga rakyatnya, lalu tidak melaksanakannya dengan amanah dan nasihat, maka sempitlah peluang untuknya mendapat rahmat Allah yang meliputi segala sesuatu.
Sahabat Perawi
- Abdurrahman bin Samurah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 836, hadis no. 4283. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد الرحمن بن سمرة -رضي الله عنه- أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((أيما راع استرعى رعيته، فلم يحفظها بالأمانة والنصيحة، ضاقت عليه رحمة الله التي وسعت كل شيء)). [خط، ((الضعيفة)) (3363)]
(Palsu) Daripada ‘Abd al-Raḥmān bin Samurah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Mana-mana pemimpin yang menjaga rakyatnya, lalu tidak melaksanakannya dengan amanah dan nasihat, maka sempitlah peluang untuknya mendapat rahmat Allah yang meliputi segala sesuatu. [Riwayat Khaṭīb al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3363]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman