Mana-mana pemerintah yang menguruskan urusan umatku selepasku akan dijadikannya berdiri di atas titian sirat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أيما وال ولي أمر أمتي بعدي أقيم على حد الصراط، ونشرت الملائكة صحيفته، فإن كان عادلا، نجاه الله عز وجل بعدله، وإن كان جائرا، انتفض به الصراط انتفاضة تزايل بين مفاصله حتى يكون بين عضوين من أعضائه مسيرة مئة عام، ثم ينخرق به الصراط، فأول ما يتقي به النار أنفه وحر وجهه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mana-mana pemerintah yang menguruskan urusan umatku selepasku akan dijadikannya berdiri di atas titian sirat, para malaikat akan membentangkan lembarannya. Sekiranya dia seorang yang adil, Allah ‘Azza Wa Jalla akan menyelamatkan dirinya kerana keadilannya. Sekiranya dia seorang yang zalim, titian sirat itu akan bergegar sehingga terpisah antara sendi-sendinya menjauh sehingga jarak antara dua anggota menjadi sejauh 100 tahun. Kemudian, titian itu terkoyak dan musnah. Maka, yang terawal meminta perlindungannya (daripada) api ialah hidungnya dan kebebasan wajahnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 830, hadis nombor 4260. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه- مرفوعا: ((أيما وال ولي أمر أمتي بعدي أقيم على حد الصراط، ونشرت الملائكة صحيفته، فإن كان عادلا؛ نجاه الله عز وجل بعدله، وإن كان جائرا؛ انتفض به الصراط انتفاضة تزايل بين مفاصله حتى يكون بين عضوين من أعضائه مسيرة مائة عام، ثم ينخرق به الصراط، فأول ما يتقي به النار أنفه وحر وجهه)).
[ابن بشران، ((الضعيفة)) (2270)]

(Lemah) Daripada ‘Alī bin Abū Ṭālib RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mana-mana pemerintah yang menguruskan urusan umatku selepasku akan dijadikannya berdiri di atas titian sirat, para malaikat akan membentangkan lembarannya. Sekiranya dia seorang yang adil, Allah ‘Azza Wa Jalla akan menyelamatkan dirinya kerana keadilannya. Sekiranya dia seorang yang zalim, titian sirat itu akan bergegar sehingga terpisah antara sendi-sendinya menjauh sehingga jarak antara dua anggota menjadi sejauh 100 tahun. Kemudian, titian itu terkoyak dan musnah. Maka, yang terawal meminta perlindungannya (daripada) api ialah hidungnya dan kebebasan wajahnya.
[Riwayat Ibn Bushrān dalam al-Amalī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2270]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.