Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أيُّما والٍ وَلِيَ أمرَ أمَّتي بَعدي أُقيمَ على حدِّ الصِّراطِ، ونَشَرَتِ المَلائكةُ صَحيفَتَه، فإنْ كان عادِلًا، نجَّاه اللهُ عزَّ وجلَّ بِعدِله، وإنْ كان جائِرًا، انتفَضَ بِه الصِّراطُ انتِفاضةً تُزايِلُ بينَ مَفاصِلِه حتَّى يكونَ بينَ عُضْوَينِ مِن أَعضائِه مَسيرَةُ مِئةِ عامٍ، ثُمَّ يَنخَرِقُ بِه الصِّراطُ، فأوَّلُ ما يَتَّقي بِه النَّارَ أنفُه وحُرُّ وَجهِه.
Teks Bahasa Melayu
Mana-mana pemerintah yang menguruskan urusan umatku selepasku akan dijadikannya berdiri di atas titian sirat, para malaikat akan membentangkan lembarannya. Sekiranya dia seorang yang adil, Allah ‘Azza Wa Jalla akan menyelamatkan dirinya kerana keadilannya. Sekiranya dia seorang yang zalim, titian sirat itu akan bergegar sehingga terpisah antara sendi-sendinya menjauh sehingga jarak antara dua anggota menjadi sejauh 100 tahun. Kemudian, titian itu terkoyak dan musnah. Maka, yang terawal meminta perlindungannya (daripada) api ialah hidungnya dan kebebasan wajahnya.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 830, hadis no. 4260. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada ‘Alī bin Abū Ṭālib RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mana-mana pemerintah yang menguruskan urusan umatku selepasku akan dijadikannya berdiri di atas titian sirat, para malaikat akan membentangkan lembarannya. Sekiranya dia seorang yang adil, Allah ‘Azza Wa Jalla akan menyelamatkan dirinya kerana keadilannya. Sekiranya dia seorang yang zalim, titian sirat itu akan bergegar sehingga terpisah antara sendi-sendinya menjauh sehingga jarak antara dua anggota menjadi sejauh 100 tahun. Kemudian, titian itu terkoyak dan musnah. Maka, yang terawal meminta perlindungannya (daripada) api ialah hidungnya dan kebebasan wajahnya. [Riwayat Ibn Bushrān dalam al-Amalī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2270]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman