Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Mana-mana orang yang membesar dalam menuntut ilmu

Teks Bahasa Arab

أَيّمَا ناشئ نَشأَ فِي طَلَبِ العِلْمِ والعِبادَةِ حَتَّى يَكْبُرَ أعْطاهُ الله تَعَالَى يَوْمَ القيَامَةِ ثَوَابَ اثْنَيْنِ وَسَبْعِينَ صِدِّيقاً.

Teks Bahasa Melayu

Mana-mana orang yang membesar dalam menuntut ilmu dan beribadah hinggalah dia tua, Allah Ta'ala pasti memberikan kepadanya pahala sebanyak 72 orang siddiq (orang yang benar) pada hari Kiamat.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 24, hadis no. 115. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Demikian juga hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ibn 'Abd al-Bar dalam kitab al-'Ilm. Al-Zahabi berkata: "Munkar", saya pula berkata: Bahkan ia palsu.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.