Mana-mana lelaki yang menjauhi empat perkara ini, akan dibuka untuknya pintu-pintu syurga

TEKS BAHASA ARAB

من اجتنب من الرجال أربعا؛ فتحت له أبواب الجنة، يدخل من أيها شاء: الدماء، والأموال، والفروج، والأشربة. ومن النساء: إذا صلت خمسها، وصامت شهرها، وأحصنت فرجها، وأطاعت زوجها؛ فتحت لها أبواب الجنة الثمانية؛ تدخل من أيها شاءت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mana-mana lelaki yang menjauhi empat perkara ini, akan dibuka untuknya pintu-pintu syurga, yang dia boleh memasukinya dari mana-mana pintu yang dia mahukan (iaitu): Darah, harta, kemaluan, dan minuman. Manakala dari kalangan perempuan pula (tanggungjawab yang perlu dilakukan): Apabila dia melakukan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya; akan dibukakan lapan pintu syurga untuknya, yang dia boleh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia kehendaki.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 298, hadis nombor 1570. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من اجتنب من الرجال أربعا؛ فتحت له أبواب الجنة، يدخل من أيها شاء: الدماء، والأموال، والفروج، والأشربة. ومن النساء: إذا صلت خمسها، وصامت شهرها، وأحصنت فرجها، وأطاعت زوجها؛ فتحت لها أبواب الجنة الثمانية؛ تدخل من أيها شاءت)).
[عد، السهمي، ((الضعيفة)) (4534)]

(Sangat lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mana-mana lelaki yang menjauhi empat perkara ini, akan dibuka untuknya pintu-pintu syurga, yang dia boleh memasukinya dari mana-mana pintu yang dia mahukan (iaitu): Darah, harta, kemaluan, dan minuman. Manakala dari kalangan perempuan pula (tanggungjawab yang perlu dilakukan): Apabila dia melakukan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya; akan dibukakan lapan pintu syurga untuknya, yang dia boleh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia kehendaki.
[Riwayat al-Kamil fi al-Dhu’afa’ oleh Ibn 'Adi dan al-Sahmi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4534]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs