Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منِ اجتنبَ منَ الرجالِ أربعًا ؛ فُتحتْ له أبوابُ الجنةِ، يدخلُ مِن أيها شاءَ : الدماءَ، والأموالَ، والفروجَ، والأشربةَ. ومنَ النساءِ: إذا صلَّتْ خَمسها، وصامتْ شهرَها، وأحصنتْ فرجَها، وأطاعتْ زوجَها ؛ فُتحتْ لها أبوابُ الجنةِ الثمانيةُ ؛ تدخل من أيها شاءتْ.
Teks Bahasa Melayu
Mana-mana lelaki yang menjauhi empat perkara ini, akan dibuka untuknya pintu-pintu syurga, yang dia boleh memasukinya dari mana-mana pintu yang dia mahukan (iaitu): Darah, harta, kemaluan, dan minuman. Manakala dari kalangan perempuan pula (tanggungjawab yang perlu dilakukan): Apabila dia melakukan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya; akan dibukakan lapan pintu syurga untuknya, yang dia boleh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia kehendaki.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 298, hadis no. 1570. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعا: ((من اجتنب من الرجال أربعا؛ فتحت له أبواب الجنة، يدخل من أيها شاء: الدماء، والأموال، والفروج، والأشربة. ومن النساء: إذا صلت خمسها، وصامت شهرها، وأحصنت فرجها، وأطاعت زوجها؛ فتحت لها أبواب الجنة الثمانية؛ تدخل من أيها شاءت)). [عد، السهمي، ((الضعيفة)) (4534)]
(Terlalu Daif) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mana-mana lelaki yang menjauhi empat perkara ini, akan dibuka untuknya pintu-pintu syurga, yang dia boleh memasukinya dari mana-mana pintu yang dia mahukan (iaitu): Darah, harta, kemaluan, dan minuman. Manakala dari kalangan perempuan pula (tanggungjawab yang perlu dilakukan): Apabila dia melakukan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya; akan dibukakan lapan pintu syurga untuknya, yang dia boleh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia kehendaki. [Riwayat al-Kamil fi al-Dhu’afa’ oleh Ibn 'Adi dan al-Sahmi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4534]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman