TEKS BAHASA ARAB
من اجتنب من الرجال أربعا؛ فتحت له أبواب الجنة، يدخل من أيها شاء: الدماء، والأموال، والفروج، والأشربة. ومن النساء: إذا صلت خمسها، وصامت شهرها، وأحصنت فرجها، وأطاعت زوجها ؛ فتحت لها أبواب الجنة الثمانية؛ تدخل من أيها شاءت.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Mana-mana lelaki yang menjauhi 4 perkara, pintu syurga akan dibuka kepadanya, dia masuk melalui pintu mana yang dia kehendaki: Menumpahkan darah, harta, berzina dan minum arak. Mana-mana wanita yang solat 5 waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya maka akan dibuka kepadanya lapan pintu syurga. Dia boleh memasuki dari mana-mana pintu yang disukai.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 668, hadis nombor 3449. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من اجتنب من الرجال أربعا؛ فتحت له أبواب الجنة، يدخل من أيها شاء: الدماء، والأموال، والفروج، والأشربة. ومن النساء: إذا صلت خمسها، وصامت شهرها، وأحصنت فرجها، وأطاعت زوجها ؛ فتحت لها أبواب الجنة الثمانية؛ تدخل من أيها شاءت)). [عد، السهمي في ((التاريخ جرجان))، ((الضعيفة)) (4534)]
(Sangat Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’: “Mana-mana lelaki yang menjauhi 4 perkara, pintu syurga akan dibuka kepadanya, dia masuk melalui pintu mana yang dia kehendaki: Menumpahkan darah, harta, berzina dan minum arak. Mana-mana wanita yang solat 5 waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya maka akan dibuka kepadanya lapan pintu syurga. Dia boleh memasuki dari mana-mana pintu yang disukai.” [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, al-Sahmi dalam Tarikh Jurjan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4534]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.