Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منِ اجتنبَ منَ الرجالِ أربعًا ؛ فُتحتْ له أبوابُ الجنةِ، يدخلُ مِن أيها شاءَ : الدماءَ، والأموالَ، والفروجَ، والأشربةَ . ومنَ النساءِ : إذا صلَّتْ خَمسها، وصامتْ شهرَها، وأحصنتْ فرجَها، وأطاعتْ زوجَها ؛ فُتحتْ لها أبوابُ الجنةِ الثمانيةُ ؛ تدخل من أيها شاءتْ.
Teks Bahasa Melayu
Mana-mana lelaki yang menjauhi 4 perkara, pintu syurga akan dibuka kepadanya, dia masuk melalui pintu mana yang dia kehendaki: Menumpahkan darah, harta, berzina dan minum arak. Mana-mana wanita yang solat 5 waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya maka akan dibuka kepadanya lapan pintu syurga. Dia boleh memasuki dari mana-mana pintu yang disukai.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 668, hadis no. 3449. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من اجتنب من الرجال أربعا؛ فتحت له أبواب الجنة، يدخل من أيها شاء: الدماء، والأموال، والفروج، والأشربة. ومن النساء: إذا صلت خمسها، وصامت شهرها، وأحصنت فرجها، وأطاعت زوجها ؛ فتحت لها أبواب الجنة الثمانية؛ تدخل من أيها شاءت)). [عد، السهمي في ((التاريخ جرجان))، ((الضعيفة)) (4534)]
(Sangat Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’: “Mana-mana lelaki yang menjauhi 4 perkara, pintu syurga akan dibuka kepadanya, dia masuk melalui pintu mana yang dia kehendaki: Menumpahkan darah, harta, berzina dan minum arak. Mana-mana wanita yang solat 5 waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya maka akan dibuka kepadanya lapan pintu syurga. Dia boleh memasuki dari mana-mana pintu yang disukai.” [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, al-Sahmi dalam Tarikh Jurjan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4534]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman