Mana-mana lelaki yang menjadi tetamu bagi suatu kaum, lalu tetamu itu tidak diberikan apa-apa, maka membantu lelaki tersebut menjadi tuntutan ke atas setiap muslim

TEKS BAHASA ARAB

أيما رجل أضاف قوما فأصبح الضيف محروما، فإن نصره حق على كل مسلم حتى يأخذ بقرى ليلة من زرعه وماله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mana-mana lelaki yang menjadi tetamu bagi suatu kaum, lalu tetamu itu tidak diberikan apa-apa, maka membantu lelaki tersebut menjadi tuntutan ke atas setiap muslim sehinggalah dia mendapatkan sekadar bahagian satu malam daripada tanaman dan hartanya.

STATUS

Munkar Dengan Lafaz Penuh

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 242, hadis nombor 1271. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن المقدام بن أبي كريمة – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «أيها رجل أضاف قوماً فأصبح الضيف محروماً، فإن نصره حق على كل مسلم حتى يأخذ بقرى ليلة من زرعه وماله». [د، الدارمي، ك، الطيالسي، هق، حم، البغوي، الذهبي في «السير»، «الضعيفة» (6881)].

(Munkar Dengan Selengkap Ini) Daripada al-Miqdam bin Abu Karimah RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Mana-mana lelaki yang menjadi tetamu bagi suatu kaum, lalu tetamu itu tidak diberikan apa-apa, maka membantu lelaki tersebut menjadi tuntutan ke atas setiap muslim sehinggalah dia mendapatkan sekadar bahagian satu malam daripada tanaman dan hartanya". [Riwayat Abu Daud dalam Sunannya, al-Darimi dalam Sunannya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Tayalisi dalam Musnadnya, al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra, Ahmad dalam al-Musnad, al-Baghawi dan al-Dzahabi dalam al-Siyar. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6881].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs