Munkar Dengan Lafaz Penuh
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَيُّمَا رَجُلٍ أَضَافَ قَوْمًا فَأَصْبَحَ الضَّيْفُ مَحْرُومًا، فَإِنَّ نَصْرَهُ حَقٌّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ حَتَّى يَأْخُذَ بِقِرَى لَيْلَةٍ مِنْ زَرْعِهِ وَمَالِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Mana-mana lelaki yang menjadi tetamu bagi suatu kaum, lalu tetamu itu tidak diberikan apa-apa, maka membantu lelaki tersebut menjadi tuntutan ke atas setiap muslim sehinggalah dia mendapatkan sekadar bahagian satu malam daripada tanaman dan hartanya.
Sahabat Perawi
- Al-Miqdam bin Abu Karimah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar Dengan Lafaz Penuh
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 242, hadis no. 1271. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا التمام) عن المقدام بن أبي كريمة - رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «أيها رجل أضاف قوماً فأصبح الضيف محروماً، فإن نصره حق على كل مسلم حتى يأخذ بقرى ليلة من زرعه وماله». [د، الدارمي، ك، الطيالسي، هق، حم، البغوي، الذهبي في «السير»، «الضعيفة» (6881)].
(Munkar Dengan Selengkap Ini) Daripada al-Miqdam bin Abu Karimah RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Mana-mana lelaki yang menjadi tetamu bagi suatu kaum, lalu tetamu itu tidak diberikan apa-apa, maka membantu lelaki tersebut menjadi tuntutan ke atas setiap muslim sehinggalah dia mendapatkan sekadar bahagian satu malam daripada tanaman dan hartanya". [Riwayat Abu Daud dalam Sunannya, al-Darimi dalam Sunannya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Tayalisi dalam Musnadnya, al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra, Ahmad dalam al-Musnad, al-Baghawi dan al-Dzahabi dalam al-Siyar. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6881].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman