Mana-mana lelaki yang menceraikan isterinya tiga kali ketika haid

TEKS BAHASA ARAB

كانت عائشة الخثعمية عند الحسن بن علي – رضي الله عنه -، فلما قتل علي – رضي الله عنه – قالت: لتهنئك الخلافة! قال: بقتل علي تظهرين الشماتة؟! اذهبي فأنت طالق، يعني ثلاثاً، قال: فتفعلت بثيابها، وقعدت حتى قضت عدتها، فبعث إليها ببقية بقيت لها من صداقها، وعشرة آلاف صدقة، فلما جاءها الرسول قالت: (متاع قليل من حبيب مفارق) ، فلما بلغه قولها، بكى، ثم قال: لولا أني سمعت جدي؛ أو حدثني أبي، أنه سمع جدي يقول:(أيما رجل طلق امرأته ثلاثاً عند الأقراء أو ثلاثاً مبهمة؛ لم تحل له حتى تنكح زوجاً غيره) .لراجعتها


TEKS BAHASA MALAYSIA

Aisyah al-Khatha’miah pernah bersama Hasan bin Ali RA. Apabila Ali RA dibunuh, beliau berkata: Khilafah itu mengucapkan tahniah kepadamu! Lalu Hasan berkata: Adakah engkau zahirkan kutukan dengan pembunuhan Ali?! Pergilah dan kamu aku ceraikan, yakni sebanyak tiga kali. Lalu Aisyah memakai bajunya dan tinggallah dia hingga selesai ‘iddahnya. Maka telah diutus kepadanya baki yang berbaki untuknya daripada maharnya kepadanya dan sepuluh ribu sedekah. Apabila datang kepadanya utusan, dia (Aisyah) berkata: Semua itu hanyalah kesenangan sedikit daripada kekasih yang terpisah. Apabila sampai kepadanya kata-kata Aisyah, dia menangis dan berkata: Kalaulah tidak aku dengar pesanan datukku atau apa yang telah ayahku berkata padaku bahawa dia mendengar dari datukku berkata: “Mana-mana lelaki yang menceraikan isterinya tiga kali ketika haid atau secara samar-samar, maka wanita itu menjadi tidak halal baginya sehingalah dia menikah dengan lelaki selainnya” sudah pasti aku merujuknya."


STATUS

Sangat lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1684, hadis nombor 8493. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Suwaid bin Ghaflah ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra.

Ia dinilai sangat lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon